salam sayang dari aku

5c

Monday, November 17, 2008

sorry geng, lambat nak update. aku ingatkan adik beradik aku yang lain akan update. tapi haram tidak.

kami semua ada 7 beradik. 3 lelaki dan 4 perempuan. aku lelaki yang tengah. first thing yang aku tak suka bila ramai adik-beradik ini ialah pilih kasih. biasalah bila dah ramai, ada adik beradik yang akan jadi favorite son and daughter. nak buat macam mana dah lumrah alam. nak pulak favorite son and daughter tuh ikut apa yang mereka kehendaki. wah, makin disayangilah. aku bukan nak salahkan sesiapa pun. aku tak salahkan adik beradik aku. aku tak salahkan parents aku. cuma kadang-kala hati ini umpama diguris sembilu bila melihat perhatian dan kasih sayang diberikan lebih kepada adik beradik yang lain.
aku tahu aku seorang yang tidak ikut cakap mak bapak aku. dorang suruh buat lain aku buat lain. dulu masa darjah enam, aku ambil upsr. parents aku suruh dapatkan 5A tapi aku hanya dapatkan 4A 1 B. aku kata kat dorang bukan salah aku. aku dah cuba cuma pemeriksa kertas tuh yang mengong sebab tak bagi aku dapat A. masuk sekolah menengah, parents aku suruh masuk scince stream tapi aku ambil akaun. kononnya nak jadi seorang akauntan yang berjaya bekerja di PWC. tapi haram aku kantoi akaun dalam SPM. bukan salah aku cuma minat aku terhadap akaun tiba-tiba lebur disebabkan budak cina yang stau kelas dengan aku dulu yang kedekut ilmu.
masuk universiti pulak, parents aku suruh untuk jadik lawyer. aku tak nak aku nak jadi seorang grafik designer. aku apply UiTM. dapat kursus art & design tapi aku tolak sebab bapak aku tak suka. alih-alih aku masuk universiti dengan ambil kursus business. itupun atas desakan bapak aku.
korang tengok, macam mana aku nak jadi anak pilihan. semua yang aku lakukan seorang berlainan daripada kemahuan mereka.
so macam mana ? oklah, aku nak pergi berak nih. kita sambung nanti.
ciaou. dari anak nombor 4.

5 comments:

  1. jantan pulak. eh. oooo... kamu ni ramai yek... ooo...

  2. apply lah kerja kerajaan, ia baik kerana tetap dan berpencen.

  3. hehe..tu tak bermaksud anak pilihan ke hape ke..yg penting kebajikan yang penah kite lakukan kt kedua ibubapa.jgn risau la.parents kaw bkn maen pilih2 la.sume anak die syg.xde belah bagi.aku ni adik bradik 15 org.amacam?

  4. alah, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing2. asal mak ayah sayang sama kamu sudah. pedulikan favouritism itu

    btw, thanks singgah my blog

  5. bgus la xjd anak kesygan... xbalik raya pon xpe... ok x...

Pari Pari 7 Beradik © 2008 Blog Design by Randomness