apa yang bagus?

5c

Monday, November 24, 2008

apa blog yang bagus untuk dibaca yer?

tolong rekomen. terima kasih.

berkuasa

13c

Wednesday, November 19, 2008

aku tak dapat banyangkan mereka yang mempunyai belas-belas adik beradik. kami yang ada 7 beradik nih pun dah macam anjing dengan kucing. sekejap ok, sekejap dah macam perang vietnam.
tapi kalau tak ramai adik beradik pun boring jugak. asyik berlaga bahu dalam rumah, balik-balik muka itu jer. kalau ada ramai nih boleh jugaklah buat tag team gusti.
antara perkara yang buat aku tensen bila adik beradik lebih 5 orang nih adalah perebutan bilik air. semua guna ikut sedap dorang jer, tak pikir pasal orang lain nak pergi kerja. bila bab bilik air bersih semua berebut nak guna tapi bila suruh atau giliran basuh bilik air, semua buat bodoh macam batu jer. hampeh.
aku kadang-kadang terpikir nak jer tukar pintu tombol toilet tuh supaya semua orang tak payah berebut nak masuk toilet. dan aku akan menjadi raja kerana memegang kunci pintu toilet.
heheheheh, jom cepat buat baik dengan aku. hahahaha

salam sayang dari aku

5c

Monday, November 17, 2008

sorry geng, lambat nak update. aku ingatkan adik beradik aku yang lain akan update. tapi haram tidak.

kami semua ada 7 beradik. 3 lelaki dan 4 perempuan. aku lelaki yang tengah. first thing yang aku tak suka bila ramai adik-beradik ini ialah pilih kasih. biasalah bila dah ramai, ada adik beradik yang akan jadi favorite son and daughter. nak buat macam mana dah lumrah alam. nak pulak favorite son and daughter tuh ikut apa yang mereka kehendaki. wah, makin disayangilah. aku bukan nak salahkan sesiapa pun. aku tak salahkan adik beradik aku. aku tak salahkan parents aku. cuma kadang-kala hati ini umpama diguris sembilu bila melihat perhatian dan kasih sayang diberikan lebih kepada adik beradik yang lain.
aku tahu aku seorang yang tidak ikut cakap mak bapak aku. dorang suruh buat lain aku buat lain. dulu masa darjah enam, aku ambil upsr. parents aku suruh dapatkan 5A tapi aku hanya dapatkan 4A 1 B. aku kata kat dorang bukan salah aku. aku dah cuba cuma pemeriksa kertas tuh yang mengong sebab tak bagi aku dapat A. masuk sekolah menengah, parents aku suruh masuk scince stream tapi aku ambil akaun. kononnya nak jadi seorang akauntan yang berjaya bekerja di PWC. tapi haram aku kantoi akaun dalam SPM. bukan salah aku cuma minat aku terhadap akaun tiba-tiba lebur disebabkan budak cina yang stau kelas dengan aku dulu yang kedekut ilmu.
masuk universiti pulak, parents aku suruh untuk jadik lawyer. aku tak nak aku nak jadi seorang grafik designer. aku apply UiTM. dapat kursus art & design tapi aku tolak sebab bapak aku tak suka. alih-alih aku masuk universiti dengan ambil kursus business. itupun atas desakan bapak aku.
korang tengok, macam mana aku nak jadi anak pilihan. semua yang aku lakukan seorang berlainan daripada kemahuan mereka.
so macam mana ? oklah, aku nak pergi berak nih. kita sambung nanti.
ciaou. dari anak nombor 4.

adakah aku sanggup sebegitu

7c

Saturday, November 15, 2008

aku mahu hidup senang. hidup yang tidak ada problem. bebas masalah. terutamanya masalah belenggu kewangan. hidup sekarang nih terlampau menitik-beratkan tentang kemewahan, kesenangan dan duit ! ye, Duit !! hidup dalam dunia duit. sekarang nih nak masuk toilet pun kena bayar 50 sen. apa barang ? walhal toilet yang dibayar 50 sen tuh pun bukannya bersih sangat.
orang kata kalau nak senang. kahwin sajer dengan orang kaya. ok, memang aku terpikir tentang perkara. kahwin dengan orang kaya. duduk rumah kangkang saja. makan minum semua ditanggung dengan kehidupan mewah. elaun dapat beribu-ribu setiap bulan. kredit kad tanpa limit. semuanya beres !
tapi adakah itu jalan penyelesaian? normally orang yang mempunyai kehidupan yang stabil semuanya sudah berumah-tangga. sudah beristeri. sudah beranak pinak. kerana hanya golongan mereka ini yang mempunyai kerjaya dan kewangan yang stabil. adakah aku harus hidup dalam dunia poligami? adakah aku sanggup diduakan ?? berkongsi kasih sayang ? pedulikkan tentang hati orang lain , yang penting aku hidup senang dikemudian hari.
hati aku beku.

inspirasi ?

9c

Friday, November 14, 2008

dulu sewaktu bersekolah menengah, ayah aku melarang aku untuk bercinta. katanya, cinta zaman sekolah ini membuang masa dan merugikan. tapi jiwa aku memberontak, aku dengki melihat kawan-kawan semua ada pasangan. aku pun hendak ada pasangan juga. seperti orang lain. tapi ayah aku melarang keras.

tahun aku ambil SPM, tahun jiwa dah gatal. gatal untuk mempunyai pasangan. Halim (bukan nama sebenar) jiran aku yang sebaya tapi berlainan sekolah sering bercerita kat aku tentang awek dia. aku dah naik meluat. aku akan buat muka jelek bila dia mulakan citer bab awek dia. bukan tak suka tapi dah bosan giler babes.

aku tengok Halim banyak membuang masa dengan awek dia. aku pun terpikir; bila dia study untuk SPM. time itu, aku solo. tak ada pasangan. (sebenarnya tak ada sapa nak kat aku pun). aku ingat nak concentrate kat SPM jer. nanti bila aku dapat result yang cun, baru semua awek akan pandang tinggi kat aku. hahah. inilah masa aku !!

Result SPM dah kuar, Halim dapat keputusan yang cemerlang. petang itu dia bercerita sakan kat aku tentang result dia. aku pula hanya mendapat keputusan ok-ok jer bak kata orang tua-tua tuh..gred satu tapi dihujung tanduk. belasah jer la janji masih gred satu. cuma aku ralat , kenapa aku tak ada awek. sebab kalau aku ada awek sudah tentu aku dapat result yang lebih gempak macam halim sebab dia ada awek.

terpikir balik, awek time sekolah; membuang masa atau sumber inspirasi ? kalau aku tanya Halim, dia akan jawab..stok geli-geli jer. chit !

cinta itu buta dan boleh membutakan

4c
aku seorang manusia yang lewat 20-an. dalam percintaan aku agak loser. sering tewas dalam percintaan yang kadang-kala buat aku tak tidur malam. aku mengaku aku jadi bodoh kerana cinta. aku dah malas bercinta. aku jugak sudah malas nak mencari cinta. kata orang, biar cinta datang sendiri. tapi cinta boleh ker datang sendiri tanpa perlu kita mencari cinta?

dulu memang aku ada cinta. tapi cinta aku yang dulu itu sudah tipu aku. aku tertipu dengan cinta. tertipu dengan kelembutan cinta dan kesyahduannya. sehingga aku terjerat oleh cinta. cinta tinggalkan aku terkontang-kanting. macam anjing kurap yang mengharapkan simpati para manusia di tepi jalan. aku diludah kerana cinta. kerana cinta aku dulu telah menghancurkan aku. aku mula benci dengan cinta. aku diduakan kerana cinta. aku tidak dpandang sebelah mata pun bila cinta temui cinta baru. cinta itu gila. atau aku yang gilakan cinta.

cinta buat aku sesak nafas.

turun dari kayangan

3c
aku matahati. aku pari-pari. yang ingin datang dalam mimpi setiap insan dan manusia di bumi ini. ingin mempunyai kisah hidup yang sempurna bak cerita dongeng hikayat sang purba wara. tidak mahukan masalah yang bertimpa-timpa atau bala malapetaka yang menyesatkan. aku ingin hidup didalam hati kamu. bermain dalam mimpi kamu, dalam impian kamu. kerana pada zahirnya aku yang kosong.

aku telah mati. aku pernah jatuh. aku ingin bangkit semula.

Pari Pari 7 Beradik © 2008 Blog Design by Randomness